Saturday, November 21, 2009

MENGENAI GAMAT


GAMAT khazanah dari laut untuk penjagaan kesihatan .

Apa Kah Gamat ?
Gamat atau Timun laut merupakan sejenis haiwan invertebrata (tanpa tulang belakang) laut tergolong di dalam filum Ekinodermata, spesis timun laut. Genus stichophus horrens atau gamat emas lebih dikenali kerana ia lebih berkesan dari segi nilai perubatannya. Di Malaysia terdapat 42 spesis timun laut dikenalpasti dan lebih dari 2,000 spesis wujud di serata dunia. Haiwan ini berbentuk silinder, leper pada bahagian dorso-ventral dan mempunyai bukaan di bahagian anterior dan poterior. Pembiakan boleh secara seksual atau aseksual. lanya adalah haiwan detritus iaitu makan secara menyapu pasir ke dalam mulut. Pergerakan haiwan yang lambat menyebabkan ianya perlu mempunyai mekanisme pertahanan tubuh yang efisyen iaitu mengeluarkan holothurin yang toksik dan dapat melumpuhkan haiwan kecil. Holothurin dikeluarkan oleh kelenjar khusus yang dikenali sebagai kuvier. Sebatian ini telah dicamkan seawal tahun dua puluhan dan hanya diberi penekanan yang intensif pada tahun 1950an. Saponin adalah holothurin yang utama yang dipercayai berkesan dalam penyembuhan luka, rawatan selepas bersalin dan sebagai antifungus.

Di Malaysia gamat telah diguna oleh nenek moyang kita sejak lebih 300 tahun dahulu dan dikenali dengan beberapa jenis nama seperti balat, bat, brunok, trepang atau hoi-sum. Kajian timun laut tempatan hanya bermula pada awal 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dan diikuti dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.


FAKTA NUTRISI GAMAT

Analisis Gamat Mengandungi ;
- protein yang melebihi 44%,
- karbohidrat antara 3-5%
- lemak sebanyak 1.5%.
- Komponen komponen laian termasuklah asid amino esential, kolagen, vitamin E,a.c zat-zat galian seperti kromium, thiamine,riboflavine, ferum, kadmium, mangan, nikel, kalsium,magnesium, kabalt dan zink.
- Kandungan asid lemak mustahak seperti EPA (asid omega eikosapentaenoik) dan DHA (asid omega dekosaheksaenoik).


KHASIAT GAMAT UNTUK KESIHATAN MANUSIA


HEALIN GAMAT keluaran Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd Malaysia , ada lah satu produk hasil dari penyelidikan intensif yang dijalankan secara usaha sama oleh sekumpulan ahli farmasologi Malaysia dari University Malaya dan University Of Nihon dan kyoto Jepun. Ektraks healin gamat terbukti memberi kesan penyembuhan yang menakjubkan dalam pembentukan semula sel sel biologi,tulang,kolagen dan mempermudakan sel sel kulit. Produk juga terbukti mempertingkatkan sistem imun badan daripada serangan penyakit dan membantu mempertingkatkan sistem darah. .

No comments:

Post a Comment